Mangsa keletihan mendaki di Bukit Lambir berjaya diselamatkan

Facebook
WhatsApp
DISELAMATKAN… Anggota bomba membantu membawa turun pendaki lelaki yang mengalami keletihan semasa mendaki di Taman Negara Bukit Lambir, Miri petang tadi. Foto BBP Miri Sentral 

MIRI: Seorang lelaki yang mengalami keletihan ketika mendaki di Taman Negara Bukit Lambir petang tadi berjaya diselamatkan oleh pasukan  bomba.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.13 petang dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral digerakkan ke  lokasi yang terletak kira-kira 37 kilometer dari balai.

DISELAMATKAN… Anggota bomba membantu membawa turun pendaki lelaki yang mengalami keletihan semasa mendaki di Taman Negara Bukit Lambir, Miri petang tadi. Foto BBP Miri Sentral 
 

“Pasukan penyelamat tiba di lokasi pada 5.39 petang dan berjaya menemui mangsa dalam keadaan selamat sebelum membawanya turun ke ‘checkpoint’ pertama,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.

Mangsa yang dilaporkan keletihan semasa mendaki tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan diberi rawatan awal oleh petugas kesihatan di lokasi.

Oleh Liong Chai Ling