Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sekatan diperketat, kematian cecah 700,000 orang
  • GLOBAL

Sekatan diperketat, kematian cecah 700,000 orang

Utusan Sarawak 5 years ago
UJIAN CALITAN…Petugas kesihatan memakai pakaian perlindungan diri melakukan ujian swab daripada penumpang yang dari Isntanbul, Turki di kaunter saringan percuma di balai ketibaan di Basel – Mulhouse Euroairport, Saint Louis, timur Perancis.• Foto AFP

PARIS: Perancis dan Belanda bersiap sedia melaksanakan peraturan mewajibkan pelitup muka di tempat awam bagi memerangi pandemik Covid-19 berikutan jumlah kematian global akibat wabak itu mencecah 700,000 orang.

Jawatankuasa saintifik yang bertindak memberi nasihat kepada kerajaan Perancis turut memberi amaran bahawa negara itu boleh hilang kawalan berikutan penyebaran itu boleh berlaku pada bila-bila masa.

Di Filipina pula, sekatan pergerakan dilaksanakan semula selepas dilaporkan jangkitan Covid-19 melepasi angka 100,000 kes dan kerajaan hanya membenarkan orang ramai keluar untuk membeli keperluan makanan, bersenam dan bekerja sahaja.

Notis sekatan dalam tempoh 24 jam itu menyebabkan orang ramai terkandas di Manila dan tidak dapat pulang ke kampung halaman selepas pengangkutan awam dan penerbangan domestik dihentikan.

Jangkitan di seluruh dunia kini melebihi 18 juta orang sejak dikesan di China pada Disember tahun lalu, dengan negara paling terjejas teruk ialah Amerika Syarikat (AS) dengan jangkitan sebanyak 4.8 juta dan kematian mencecah 156,000 orang.

Brazil yang juga negara terbesar di Amerika Selatan mencatat lebih daripada 2.75 juta kes jangkitan Covid-19 dan 95,000 kes kematian.

AS pula mengumumkan percubaan klinikal peringkat akhir dan dijangka menjadi antibodi melawan Covid-19 dan fasa ketiga percubaan akan dilakukan terhadap 300 sukarelawan di seluruh dunia yang dijangkiti.

Rusia pula mensasarkan untuk melancarkan vaksin bulan hadapan dan jutaan dos setiap bulan mulai tahun hadapan, sehingga Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menggesa Rusia mengikut garis panduan ditetapkan.

Walaupun angka di Eropah semakin meningkat, sesetengah negeri mula membuka sekolah dan mencari jalan untuk mengembalikan fungsi sektor pelancongannya.

Dalam pada itu, juara bertahan, Rafael Nadal mengumumkan bahawa beliau tidak akan bermain di Terbuka AS di New York pada 31 Ogos ini, begitu juga pemain nombor satu wanita dunia, Ashleigh Barty turut menarik diri. – AFP

Continue Reading

Previous: Beirut isytihar darurat dua minggu
Next: RIBUT TROPIKA ISAIAS ragut empat nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.