Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Segalanya kini terserah kepada rakyat Sabah
  • NASIONAL

Segalanya kini terserah kepada rakyat Sabah

Utusan Sarawak 5 years ago

TUARAN, 25 Sept -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan ketika hujan lebat pada majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama pengundi Tamparuli Kampung Sungai Damit hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA TUARAN, Sept 25 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin delivers a speech during the heavy rain at a meet-the-people session at Kampung Sungai Damit, today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan ketika hujan lebat pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama pengundi Tamparuli Kampung Sungai Damit semalam. • Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Segalanya kini terserah kepada rakyat Sabah untuk menentukan nasib mereka sama ada mahu  terus melonjak ke hadapan bersama kerajaan negeri yang sehaluan  dengan kerajaan Persekutuan atau sebaliknya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana  Menteri berkata, tidak mengapa sekiranya kerajaan negeri pimpinan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini memilih untuk tidak bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun katanya, rakyat Sabah mempunyai  hak untuk  memperbetulkan  keadaan  dan memilih haluan  ke arah mencapai kemajuan  yang lebih baik pada pilihan raya  negeri esok.

“Saya hanya boleh merayu tetapi tidak boleh mengarah, malah memaksa,” katanya semasa berucap pada program terakhir siri jelajah kempen  PN pada Pilhan Raya Negeri (PRN) Sabah di sini semalam.

Hadir sama  calon PN bagi DUN Sulaman, yang juga Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta calon PN bagi DUN Tamparuli yang juga Setiausaha Agung PBS  Datuk Jahid Jahim.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu  dan Pengerusi PN turut melahirkan rasa kecewa apabila  rakannya  Mohd Shafie  tidak menunaikan janji untuk terus berjuang sebaris dengannya  ketika  beliau memerlukan sokongan  pada waktu yang kritikal.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menaruh harapan mahu melihat Negeri di Bawah Bayu itu bangkit menjadi sebagai sebuah negeri yang hebat dalam pelbagai aspek  termasuk pembangunan  yang pesat, peluang pekerjaan  yang luas, kemudahan  telekomunikasi dan internet  yang lebih menyeluruh.

“Ini adalah cita-cita saya,” katanya. 

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu hanya dapat direalisasikan sekiranya rakyat membuat pilihan untuk bersama-sama dengan kerajaan PN. – Bernama

Continue Reading

Previous: SPR jamin tiada pengundi hantu
Next: PAS ajak UMNO kembali hayati iltizam MN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.