
LIMBANG: Rumah di Taman Sungai Kaban di sini hampir musnah dalam kejadian kebakaran yang dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka berhampiran premis berkenaan, awal pagi tadi.
Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 12.00 tengah malam.
“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan bahagian dinding dapur sebuah rumah yang tidak berpenghuni.

“Maklumat orang awam memaklumkan rumah itu telah lama ditinggalkan dan tiada sesiapa berada di dalam rumah semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pasukan bomba bertindak pantas memadamkan api sebelum ia merebak ke bahagian lain rumah.
Tambahnya, siasatan awal turut mengesan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan berhampiran yang dipercayai menjadi punca kebakaran.
Kebakaran hanya melibatkan kerosakan kecil dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Oleh Adeng Edrus