Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sebanyak 3,200 metrik tan koko diperlukan bagi kegunaan dalam negara – Fadillah
  • BISNES

Sebanyak 3,200 metrik tan koko diperlukan bagi kegunaan dalam negara – Fadillah

Utusan Sarawak 2 years ago
TIMBALAN Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof beramah mesra dengan pekebun dan peserta pada program Pemantapan MSPO Pekebun Kecil Sarawak, hari ini. FotoBERNAMA

BINTULU: Kira-kira 3,200 tan metrik pengeluaran biji koko kering setahun diperlukan bagi menampung permintaan pasaran domestik.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata, pada 2022 negara telah mengeluarkan sebanyak 493 tan metrik biji koko kering bagaimanapun jumlah itu tidak masih belum mencukupi.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, peningkatan permintaan itu juga disebabkan oleh pertambahan syarikat-syarikat yang menghasilkan coklat di peringkat domestik.

“Pengusaha chocolatier tempatan telah bertambah tetapi bekalan koko di Malaysia adalah rendah. Kebanyakan daripada mereka perlu mengimport daripada negara-negara Afrika.

“Ini bermakna industri koko ini sangat berpotensi kerana permintaan yang semakin meningkat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Roadshow Tanaman Koko dan Demonstrasi Coklat Buatan Tangan di sini, hari ini.

Fadillah berkata buat masa ini kerajaan sedang menggalakkan penanaman koko di peringkat komuniti termasuk di kawasan kampung.

“Misalnya di peringkat kampung mereka boleh mengenal pasti satu kawasan untuk penanaman dan menubuhkan satu koperasi. Koperasi ini nanti yang akan bertanggungjawab mengumpul hasil koko dan menjalankan proses untuk dikeringkan dan dijual,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya pada acara itu, Fadillah berkata keluasan tanaman koko negara adalah seluas 5,985 hektar dan daripada jumlah itu 1,454 hektar adalah diusahakan di Sarawak.

Tanaman koko di Sarawak tertumpu di kawasan Kota Samarahan dan Sarikei. katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: 11 kapal di bawah Projek Safina Petronas dijangka siap menjelang suku pertama 2024 – AMIM
Next: Ringgit mulakan urus niaga minggu ini lebih kukuh berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.