Sebahagian jalan Q157 Simunjan ditutup sementara mulai 14 Julai

Facebook
WhatsApp
NOTIS… Sebahagian Jalan Q157 Simunjan akan ditutup sementara mulai 14 Julai hingga 13 Oktober 2025 bagi kerja-kerja penurapan jalan.

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan memaklumkan bahawa penutupan sementara separuh jalan akan dilaksanakan di Q157 Jalan Simunjan, meliputi jajaran dari KM24+300 hingga KM26+572.

Penutupan ini akan bermula pada 14 Julai sehingga 13 Oktober 2025 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penurapan jalan di lokasi berkenaan.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan keselamatan sepanjang berada di kawasan tapak pembinaan.

Sebarang pertanyaan berkaitan aliran trafik boleh diajukan kepada Pejabat JKR Bahagian Samarahan di talian 082-672860 (waktu pejabat).