KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) berupaya untuk me- lebarkan perniagaan ke seluruh Borneo berdasarkan tahap semasa yang dipegang oleh SEB sebagai sebuah syarikat utama pembekalan dan pembangunan tenaga elektrik di Malaysia.
Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Openg, selain tarif yang ditawarkan oleh SEB adalah antara yang terbaik dan menarik, syarikat terbabit juga dapat meyakinkan pelabur khususnya peringkat antarabangsa untuk melabur di negeri ini.
“Seperti yang semua tahu, kita telah menerima banyak pelaburan menerusi Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) yang mana aliran masuk pelaburan kebanyakannya bergantung de- ngan apa yang kita ada khususnya dalam bekalan tenaga elektrik.
“Disebabkan kebolehan kita, sejak 10 tahun lalu, kita telah lihat banyak pelaburan antarabangsa mula memasuki Sarawak dan apa yang penting ialah kesemua pelaburan ini bergantung dengan kemampuan kita untuk membe- kalkan tenaga,” katanya pada Majlis Anugerah Vendor 2020 Sarawak Energy di BCCK di sini semalam.
SEB juga membekalkan tenaga sehingga ke Kalimantan Barat yang mana sebanyak 300 Mega Watt bekalan tenaga telah disalurkan ke sana setakat ini.
“Ini merupakan langkah pertama untuk kita (Sarawak) meluaskan bekalan tenaga elektrik kita ke grid Kalimantan yang mana pada ketika itu saya terlibat dalam kolaborasi Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina, Kawasan Pembangunan Asean Timur (BIMP-EAGA).
“Kolaborasi ini mendapat sokongan Bank Pembangunan Asia (ADB) yang mana Kalimantan Barat mempunyai pembinaan infrastruktur di grid penting ini dan kita membekalkan tenaga ke grid ini,” katanya lagi.
Kalimantan bakal menjadi Ibu Kota Indonesia setelah Presiden- nya, Joko Widodo membuat pe- ngumuman untuk memindahkan ibu kotanya dari Jakarta ke sana.
“Oleh itu, jiran kita mungkin akan meminta bekalan tenaga tambahan ke Kalimantan dan kita boleh berkolaborasi dengan Indonesia untuk memberi jaminan bekalan tenaga elektrik ke sana,” jelasnya.
Beliau melihat SEB berpeluang untuk terus memajukan industri bekalan tenaga elektrik sekali gus menjadi antara syarikat bekalan tenaga elektrik yang utama di rantau ini.
Oleh ASYRAF HALIM