Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • SEB lantik Ibrahim Baki sebagai pengerusi  berkuat kuasa 1 Oktober
  • BISNES

SEB lantik Ibrahim Baki sebagai pengerusi  berkuat kuasa 1 Oktober

Utusan Sarawak 7 months ago
DATUK Ibrahim Baki 

KUCHING: Sarawak Energy Bhd (SEB) melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Satok dari Gabungan Parti Sarawak Datuk Ibrahim Baki sebagai pengerusi berkuat kuasa 1 Oktober lepas.

Ibrahim menggantikan Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi yang telah berkhidmat dengan syarikat itu sejak 2005, meneraju transformasi syarikat sebagai pemain serantau utama dalam tenaga boleh baharu dan kemampanan.

“Ibrahim membawa bersama pengalaman lebih tiga dekad dalam industri seperti pembangunan hartanah, perkapalan dan media,” kata SEB dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang berpengalaman dalam bidang perundangan memulakan kerjaya sebagai pegawai undang-undang di Petroliam Nasional Bhd pada 1984 sebelum mengasaskan bersama firma guaman di Sarawak.

Sementara itu, SEB berkata, di bawah kepimpinan Abdul Hamed, syarikat itu berkembang daripada syarikat utiliti tradisional yang mempunyai 2,042 pekerja dengan kapasiti penjanaan 849 megawatt (MW) pada 2005, kepada lebih 6,000 pekerja dan kapasiti 5,745 MW pada masa ini.

“Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, syarikat mencapai 99.5 peratus elektrifikasi di seluruh negeri, meningkat daripada 80 peratus pada 2009,” katanya.

Sumbangan Abdul Hamed merangkul pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Usahawan Terbaik Sarawak pada 2004 dan 2005 serta Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama BrandLaureate ‘Man of the Year’ pada 2015.

Pada 2022, beliau menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Usahawan Muslim Global Cemerlang di Forum Perniagaan Muslim Global.

Pada 2023, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Abdul Hamed dalam badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan, yang dianggotai golongan profesional serta pakar ekonomi.

Sementara itu, SEB turut menyatakan penghargaan kepada Tan Sri Mohd Hassan Marican yang berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutifnya dari 9 Jun 2010 hingga 1 Ogos 2024. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Sarawak rancang tubuh entiti disatukan urus aset, pelaburan negeri – Abang Johari
Next: Konflik Asia Barat meruncing, harga minyak dunia melonjak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.