Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • SEB bongkar kegiatan lombong mata wang kripto akibatkan kerugian lebih RM500,000
  • JENAYAH

SEB bongkar kegiatan lombong mata wang kripto akibatkan kerugian lebih RM500,000

Utusan Sarawak 7 months ago
TUMPAS… Rak yang digunakan untuk meletakkan tempat mesin perlombongan mata wang kripto berlokasi di rumah kedai di Lutong, Miri yang telah digunakan secara haram untuk menggerakkan 52 pelayan perlombongan mata wang kripto.

MIRI: Sarawak Energy Berhad (SEB) melalui cabang operasi dan runcitnya iaitu Syarikat SESCO Berhad (SESCO) telah berjaya membongkar satu lagi lubuk aktiviti perlombongan mata wang kripto yang beroperasi di Lutong di sini, baru-baru ini.

SEB menerusi satu kenyataan memberitahu, operasi menumpaskan aktiviti perlombongan haram itu dijalankan bersama pihak polis di salah sebuah rumah kedai.

”SESCO mempunyai teknologi pemantauan termaju yang membolehkan pengesanan keabnormalan dan potensi kecurian kuasa.

”Semasa operasi dijalankan, pasukan pemeriksa meter SESCO dan polis menemui kabel penoreh terus yang tersembunyi di atas siling sementara di sepanjang laluan kaki lima bangunan itu.

”Sambungan haram itu membekalkan kuasa kepada 52 pelayan perlombongan mata wang kripto yang terletak di dalam unit rumah kedai yang berkunci,” katanya.

Menjelas lanjut, katanya kecurian itu dianggarkan menyebabkan kerugian lebih RM500,000 dalam penggunaan elektrik tidak berdaftar sejak tiga tahun lalu.

Menerusi kenyataan itu juga, SEB mendedahkan bahawa Sarawak Energy merekodkan 36 kes kecurian elektrik, mengakibatkan 770 pelayan perlombongan mata wang kripto dirampas dari Januari hingga Oktober tahun ini.

Selain itu, katanya kecurian kuasa oleh pengendali mata wang kripto telah menyebabkan kerugian lebih RM14 juta untuk Sarawak Energy tahun ini.

”Penggunaan elektrik tidak berdaftar dianggap sebagai satu kecurian kuasa di Sarawak dan ia merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik yang mengakibatkan pesalah berdepan hukuman sehingga RM200,000 dan/atau penjara selama lima tahun.

”Penggunaan perlombongan mata wang kripto yang tidak sah menimbulkan risiko keselamatan yang serius, termasuk bahaya kebakaran dan renjatan elektrik disebabkan penggunaan kuasa tinggi yang tidak terkawal,” tambahnya.

Orang ramai juga diingatkan untuk terus berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan terutamanya premis terbiar atau kosong yang sering menjadi sasaran pelombong mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut atau laporan mengenai kecurian elektrik, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan SEB di talian 1300-88-3111 atau melalui e-mel di customercare@sarawakenergy.com.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Maritim Bintulu tahan bot tunda, tongkang langgar syarat lesen
Next: Skandal FashionValet: Proses rekod keterangan pasangan pengasas bersambung pagi ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.