Skandal FashionValet: Proses rekod keterangan pasangan pengasas bersambung pagi ini

Facebook
WhatsApp

PUTRAJAYA: Pasangan pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menyambung  memberikan keterangan, hari ini.

Kenderaan membawa pasangan itu tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada 9.14 pagi.

Hari ini memasuki hari keempat proses rakaman keterangan terhadap pasangan itu dijalankan setelah SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi akaun mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah dan PNB dalam FashionValet.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata ia melibatkan transaksi yang dilakukan kepada  sebuah syarikat dikaitkan dengan pasangan pengasas FashionValet sejak 2018 hingga tahun lepas.

SPRM juga dilaporkan telah membekukan beberapa akaun bank persendirian pasangan itu serta akaun syarikat bernilai kira-kira RM1.1 juta menerusi Op Favish pada 6 November lepas. – Bernama