Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SBE UPMs catat sejarah, institusi pertama Malaysia raih pengiktirafan Triple Crown
  • PENDIDIKAN

SBE UPMs catat sejarah, institusi pertama Malaysia raih pengiktirafan Triple Crown

Utusan Sarawak 2 days ago

PUTRAJAYA: Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SBE), Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatat sejarah sebagai institusi pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menerima pengiktirafan daripada Association of MBAs (AMBA), sekali gus melengkapkan status Triple Crown Accreditation.

Pengiktirafan berprestij itu merangkumi tiga badan akreditasi perniagaan terkemuka dunia, iaitu AMBA (United Kingdom), Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) dari Amerika Syarikat dan European Quality Improvement System (EQUIS) dari Eropah.

Naib Canselor UPM Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata dengan pencapaian ini, SBE UPM kini berada dalam kelompok 120 sekolah perniagaan terbaik dunia daripada lebih 13,000 institusi yang memperoleh akreditasi antarabangsa tersebut.

“Ini sekali gus meletakkan SBE UPM sebaris dengan institusi ternama dunia seperti London Business School, INSEAD dan HEC Paris,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pencapaian itu selari dengan aspirasi UPM untuk menjadi universiti bereputasi tinggi serta menyokong usaha negara dalam menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi global.

Katanya pencapaian itu turut menyumbang kepada matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) dalam memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Status ini juga memberi kelebihan strategik kepada SBE, UPM dalam menarik penyelidik, pensyarah dan pelajar berkualiti tinggi dari seluruh dunia serta memperluas jaringan kerjasama industri dan akademik di peringkat global,” katanya.

Sementara itu, Dekan SBE UPM, Prof Dr Bany Ariffin Amin Noordin berkata pengiktirafan itu merupakan bukti pengiktirafan antarabangsa terhadap dedikasi keseluruhan ekosistem akademik SBE dan UPM.

“Kami juga komited untuk menjadi peneraju pendidikan perniagaan di Asia Tenggara dan terus menyumbang kepada pembangunan negara melalui pendidikan, penyelidikan dan inovasi yang berorientasikan masa depan,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Keputusan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT diumum 16 Jun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.