Satelit pemerhatian bumi Korea Selatan dilancarkan dari pangkalan AS

Facebook
WhatsApp
SPACEX melancarkan roket Falcon 9 dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di Santa Barbara County, California, pada 11.59 malam semalam (waktu tempatan), membawa 45 muatan. Foto SpaceX

SEOUL: Sebuah satelit pemerhatian bumi Korea Selatan dilancarkan ke orbit bumi rendah dari pangkalan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Yonhap.

SpaceX melancarkan roket Falcon 9 dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di Santa Barbara County, California, pada 11.59 malam semalam (waktu tempatan), membawa 45 muatan.

Misi itu dinamakan sebagai CAS500-2, sempena satelit utama yang dipanggil Compact Advanced Satellite (CAS) 500-2 daripada Korea Aerospace Industries.

Satelit bersaiz sederhana generasi seterusnya No. 2 telah dibangunkan untuk pemantauan bencana dan pemerhatian pertanian.

CAS500-2 pada asalnya dijadual dilancarkan pada roket Soyuz Rusia pada 2022 namun penempatan itu ditangguhkan berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. – Bernama