Satelit komunikasi domestik pertama Turkiye berjaya capai orbit

Facebook
WhatsApp
Satelit komunikasi domestik pertama Turkiye, Turksat 6A.

ISTANBUL: Satelit komunikasi domestik pertama Turkiye berjaya mencapai orbit, menandakan satu pencapaian penting dalam program angkasa negara itu, lapor Xinhua.

Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur, Abdulkadir Uraloglu, melalui platform media sosial X memaklumkan Turksat 6A telah mencapai orbit 42 darjah timur.

“Kebanggaan negara kita ini akan mengangkat Turkiye menjadi pemain antarabangsa dalam aktiviti angkasa dan mengukuhkan infrastruktur komunikasi kita,” katanya.

Menurut media tempatan, satelit itu mencapai ‘orbit geosinkron’ akhirnya pada jarak 35,786km selepas nyalaan terakhir pada 5 pagi waktu tempatan (0200 GMT).

Selepas menjalani ujian tambahan di orbit, Turksat 6A dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2025.

Dilancarkan dari kemudahan SpaceX di Cape Canaveral, Florida pada 9 Julai, Turksat 6A dianggap sebagai pencapaian besar bagi program angkasa Turkiye. – BERNAMA-XINHUA

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam