Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak Water tunaikan zakat perniagaan RM325,000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak
  • TEMPATAN

Sarawak Water tunaikan zakat perniagaan RM325,000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak

Utusan Sarawak 3 hours ago
PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan zakat perniagaan Sarawak Water Sdn Bhd kepada Tabung Baitulmal Sarawak. Foto JAPEN

PETRA JAYA: Sarawak Water Sdn Bhd mencipta sejarah apabila buat pertama kali menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak sebagai komitmen berterusan syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan pembangunan sosioekonomi negeri ini.

Majlis penyerahan zakat tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Sarawak Water, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki kepada Mufti Sarawak Datu Khalidi Ibrahim di Pejabat Premier Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, pagi tadi.

Majlis itu turut disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi di Pejabat Premier Sarawak, Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, pagi tadi.

DITEMUI MEDIA…Dato Sri Julaihi Narawi ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Pejabat Premier Sarawak, pagi tadi. Foto JAPEN

Menurut Julaihi Narawi, pembayaran zakat tersebut bukan sahaja dapat membantu golongan memerlukan, malah mencerminkan peranan syarikat berkaitan kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat secara berterusan demi manfaat rakyat.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan juga selaras dengan usaha memperkukuh kesejahteraan masyarakat serta pembangunan sosioekonomi negeri.

Turut hadir wakil daripada Tabung Baitulmal Sarawak dan Sarawak Water Sdn Bhd.

Continue Reading

Previous: DUN: Akses internet, jalan raya dan hospital luar bandar perlu dinaik taraf
Next: Ombudsman Sarawak terima 67 aduan berkaitan salah pentadbiran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.