Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak sedia RM1 bilion untuk tanam padi skala besar, mahu Putrajaya bantu RM1 bilion lagi
  • TEMPATAN

Sarawak sedia RM1 bilion untuk tanam padi skala besar, mahu Putrajaya bantu RM1 bilion lagi

Utusan Sarawak 11 months ago
PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) melawat reruai pameran pelbagai jenis makanan selepas merasmikan Persidangan Serantau Kedua mengenai Pemuliharaan Agrobiodiversiti dan Penggunaan Lestari (RAC2) 2024, hari ini. Turut kelihatan, Menteri Permodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom dan Pengerusi Institut Penyelidikan dan Pengerusi Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Dr Azman Ismail. FotoHERRIEY NAHA

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukan RM1 bilion untuk membangunkan prasarana pengairan bagi projek penanaman padi berskala besar di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata matlamat awal adalah untuk mengusahakan 10,000 hektar bagi menghasilkan 200,000 tan metrik beras setiap tahun.

“Inisiatif ini bertujuan untuk mencapai sara diri beras di Malaysia. Sebanyak

RM500 juta diperuntukkan untuk Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah melaksanakan sistem pengairan tahun depan.

“Setengah bilion lagi akan diperuntukkan untuk 2026, berjumlah RM1 bilion. Jadi kita mesti bekerja keras untuk menjana pendapatan bagi Sarawak untuk dilaburkan semula kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Serantau Kedua mengenai Pemuliharaan Agrobiodiversiti dan Penggunaan Lestari (RAC2) 2024 di di sini hari ini.

Abang Johari bagaimanapun berkata pelaburan besar sekurang-kurangnya RM2 bilion diperlukan untuk projek penanaman padi berskala besar.

Berikutan itu, beliau telah meminta bantuan Kerajaan Persekutuan, yang disampaikan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu semasa lawatannya ke Kuching baru-baru ini.

“Jika Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM500 juta, saya akan memberi jumlah yang sama. Jika mereka beri RM1 bilion, saya akan beri RM1 bilion juga.

“Ini akan membolehkan kita meneroka potensi kawasan yang dikenal pasti di Sarawak untuk pengeluaran beras seperti Simunjan dan Lundu.

“Saya memberi taklimat kepada Mohd Sabu tentang rancangan penanaman padi di Sarawak. Kami membandingkan kawasan antara Stumbin, Lingga dan Tanjung Bijat dengan di Kedah memandangkan dari segi keluasan lebih kurang sama.

“Kos yang diperlukan untuk pengairan di Kedah adalah kira-kira lebih RM1 bilion, yang juga terpakai untuk cadangan pembangunan di Stumbin sahaja. Oleh itu, saya meminta Kerajaan Persekutuan untuk menyerlah,” katanya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Umum penyelesaian berhubung banjir, kesesakan di Lebuh Raya Pan Borneo dalam masa terdekat  
Next: Isu indikator ‘K’: KPWK bakal bentang untuk kelulusan Kabinet Negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.