Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak rangka strategi baharu bangunkan industri masa hadapan
  • SEMASA

Sarawak rangka strategi baharu bangunkan industri masa hadapan

Utusan Sarawak 3 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada lawatan kerja ke Ibu Pejabat GCL Group di Suzhou, hari ini. Foto UKAS

SUZHOU, China: Sarawak bersedia mengorak langkah lebih jauh dalam pembangunan industri masa hadapan bagi memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelaburan asing yang berdaya saing serta semakin menarik perhatian rantau ASEAN.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata lawatan kerja rasmi beliau ke China membuka perspektif baharu mengenai pembangunan taman perindustrian yang dicadangkan sebelum ini. 

Menurutnya, lawatan tersebut memberi ilham untuk menambah baik konsep asal agar lebih seiring dengan perkembangan ekonomi global.

Beliau menjelaskan bahawa cadangan baharu itu bukan sahaja akan diselaraskan mengikut kerangka Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), tetapi turut mengambil kira tuntutan ekonomi moden serta keperluan industri masa hadapan yang semakin berkembang pesat.

“Sejurus saya kembali nanti, saya akan memanggil satu mesyuarat khas bagi membincangkan perkara ini dengan lebih terperinci,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat GCL Group di Suzhou, hari ini.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada lawatan kerja ke Ibu Pejabat GCL Group di Suzhou, hari ini. Foto UKAS

Turut mengiringi Premier Sarawak, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan Petros) Datuk Ibrahim Baki, Pengerusi Petros Tan Sri Datuk Amar (Dr) Hamid Bugo, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petros Dato Janin Girie serta ahli rombongan lain.

Menurut Premier Sarawak, lawatan tersebut meyakinkan beliau bahawa potensi pembangunan industri masa hadapan tidak harus dilihat hanya dalam konteks ASEAN, sebaliknya perlu dinilai pada skala global. 

Katanya, perkembangan pesat ekonomi dunia memerlukan negeri seperti Sarawak menyesuaikan strategi agar kekal relevan dan kompetitif.

“Matlamat kita adalah untuk menjadikan Sarawak sebagai bintang ASEAN kerana hubungan kita dengan negara-negara anggota semakin rapat. 

“Selain itu, kita juga akan mempelbagaikan aktiviti ekonomi dengan memanfaatkan tenaga bersih dan tenaga boleh diperbaharui sebagai sumber utama. Daripada sumber inilah kita akan menghasilkan produk moden yang mampu bersaing di pasaran,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan baharu ini akan memberi nilai tambah kepada pembangunan negeri, sekali gus memastikan Sarawak kekal menjadi peneraju dalam agenda tenaga bersih dan inovasi industri di rantau ini.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 4.9 magnitud landa Wilayah Ibaraki di Jepun, tiada amaran tsunami
Next: Penguasaan bahasa Inggeris pelengkap kepada bahasa Melayu, perkukuh keupayaan penjawat awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.