Gempa bumi 4.9 magnitud landa Wilayah Ibaraki di Jepun, tiada amaran tsunami

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 4.9 magnitud melanda Wilayah Ibaraki di timur Jepun pada 7.05 malam (waktu tempatan) pada Jumaat, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Gegaran tersebut, pada kedalaman kira-kira 50 kilometer, mencatatkan tahap empat pada skala intensiti seismik Jepun yang mempunyai tujuh paras.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi cuaca itu.

-Bernama