Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perluas Anugerah Inspirasi Legasi Borneo ke peringkat global
  • TEMPATAN

Sarawak perluas Anugerah Inspirasi Legasi Borneo ke peringkat global

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATUK Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) bergambar selepas sidang media Borneo Inspires Legacy Awards (BILA) 2025 di Bangunan Baitulmakmur 2 hari ini. Foto BERNAMA

PETRA JAYA: Sarawak telah meningkatkan platform pengiktirafannya bagi acara perniagaannya dengan pelancaran Anugerah Inspirasi Legasi Borneo (BILA), yang kini diperluas ke peringkat global bagi mengiktiraf sumbangan cemerlang.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata anugerah yang tambah baik itu, mencerminkan komitmen Sarawak terhadap kelestarian dan impak jangka panjang dalam sektor acara perniagaan global.

DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada Sidang Media Borneo Inspires Legacy Awards (BILA) 2025 di Bangunan Baitulmakmur 2 hari ini. Foto Bernama

“Ini meletakkan industri ini sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi, perkongsian ilmu, tanggungjawab alam sekitar dan kemajuan sosial,” katanya pada sidang media BILA 2025, di sini hari ini.

Abdul Karim berkata Sarawak kini muncul sebagai hab global untuk para pakar bertukar idea dalam membentuk industri serta dasar mereka.

“Acara perniagaan hari ini menjadi pemangkin inovasi dan kemajuan, bukan sekadar platform untuk berhubung,” katanya.

Beliau berkata Sarawak perlu menyesuaikan diri, berinovasi dan menerima perubahan untuk kekal berdaya saing dalam era pendigitalan dan perubahan jangkaan audiens.

Anugerah BILA anjuran Business Events Sarawak (BESarawak), menawarkan 18 anugerah merangkumi lima kategori untuk mengiktiraf inisiatif berimpak yang memberi manfaat kepada Sarawak.

Penyertaan BILA 2025 dibuka kepada peserta daripada seluruh dunia sehingga 15 Jun 2025 untuk pencapaian antara tahun 2023 hingga Jun 2025.

Penyertaan perlu dibuat melalui laman sesawang https://legacy360.businesseventssarawak.com.
Maklumat lanjut boleh didapati di https://legacy360.businesseventssarawak.com/bila-2025/#overview.

– Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PDP bukan entiti politik muncul sekelip mata
Next: Projek pembinaan Jambatan Batang Rambungan capai kemajuan 5.26 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.