Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak miliki 1.71 juta hektar kawasan kelapa sawit
  • BISNES

Sarawak miliki 1.71 juta hektar kawasan kelapa sawit

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Pengerusi Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Muhtar Suhaili
(baris depan, enam dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama pemegang taruh
industri sawit Sarawak pada Majlis Dialog dan Makan Malam MPOCC di Miri, semalam.

MIRI: Sarawak memiliki kawasan penanaman kelapa sawit seluas 1.71 juta hektar setakat 15 September tahun ini. Pengerusi Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Muhtar Suhaili berkata, daripada jumlah tersebut, sektor pekebun kecil merekodkan keluasan sebanyak 13.6 peratus manakala sektor ladang-ladang kelapa sawit merekodkan sebanyak 86.4 peratus.

“Bagi kategori pekebun kecil di Sarawak, sebanyak 99,354.62 hektar (42.6 peratus) atau 17,785 pekebun kecil persendirian yang menyertai Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) telah menerima Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

“Manakala, bagi kategori estet Sarawak, sebanyak 1,436,917.63 hektar atau 583 entiti atau ladang kelapa sawit telah menerima pensijilan tersebut.

“Untuk kategori kilang kelapa sawit Sarawak pula, sebanyak 76 atau 88.37 peratus kilang kelapa sawit dengan kapasiti memproses buah tandan segar (BTS) kepada minyak sawit mentah (CPO) sebanyak 4,910 metrik tan per jam telah menerima pensijilan MSPO,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Dialog dan Makan Malam MPOCC bersama pemegang taruh (stakeholders) industri sawit Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini,semalam.

Sementara itu, Muthar berkata, sebanyak 59 entiti di Sarawak yang terdiri daripada kilang minyak kelapa sawit, kilang penapisan, kilang oleokimia, kilang biodiesel dan kilang penghancur isirung kelapa sawit telah mendapatkan pensijilan MSPO Supply Chain Certification Process (SCCS).

Hadir sama, Ketua Pengarah Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir dan para pemegang taruh dari Persatuan-Persatuan Pengusaha Sawit (SOPPOA & DOPPA), syarikat-syarikat perladangan, badan-badan pensijilan, Ahli-ahli Lembaga Pengarah MPOB dan Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah MPOCC.

Continue Reading

Previous: Kerjasama penting untuk pemulihan ekonomi
Next: 12 pekebun lada terima bantuan Skim Tanaman Baharu Lada, PRE PRIHATIN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.