SARAWAK MASUK PPN 2

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak(JPBS) memutuskan untuk beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 14 Julai ini, jam 12.01 tengah malam.

JPBS dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan tersebut diambil setelah membuat penilaian risiko dan mengambil kira nilai-nilai ambang bagi ketiga-tiga indikator PPN.

Infografik Garis Panduan (SOP) ‘Pelan Perjalanan Sarawak Menuju Pemulihan: 4 Fasa’ telah dimuat naik bagi memudahkan orang ramai memahami kebenaran serta larangan Garis Panduan (SOP) dari satu fasa ke fasa berikutnya yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh keempat-empat fasa di Sarawak.

Garis Panduan (SOP) yang terperinci bagi fasa-fasa tertentu akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dapat dimuat turun dari laman web: https://www.mkn.gov.my.

Dalam pada itu, JPBS memaklumkan Sarawak merekodkan satu kes kematian baharu melibatkan kes jangkitan Covid-19 semalam sekali gus menjadikan kes kematian meningkat kepada 433 kes.

Kes kematian ke-433 yang direkodkan melibatkan seorang perempuan warga tempatan yang berumur 59 tahun dan mempunyai komorbid darah tinggi dan kencing manis.

Oleh RYNNA SHA’ERRA