Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak mahu lahir lebih ramai pencipta pekerjaan, bukan sekadar pencari kerja
  • TEMPATAN

Sarawak mahu lahir lebih ramai pencipta pekerjaan, bukan sekadar pencari kerja

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee berucap pada Majlis Perasmian Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaT Fair) 2026 di Pusat Acara Hikmah Exchange (HEEC), Kuching. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak memacu usaha melahirkan lebih ramai pencipta pekerjaan dalam kalangan belia melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kecerdasan buatan (AI) serta keusahawanan, sebagai sebahagian daripada agenda transformasi pembangunan bakat negeri.

Pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, perubahan itu bertujuan mengubah pemikiran generasi muda daripada budaya mencari pekerjaan kepada budaya mencipta peluang pekerjaan sendiri.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan gimik perasmian Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaT Fair) 2026. Foto Masrin Affirah 

Beliau berkata, ekosistem yang dibangunkan TEGAS memberi tumpuan kepada bidang berimpak tinggi termasuk TVET, STEM, keusahawanan dan AI bagi memperkukuh keupayaan belia untuk menjadi pencipta pekerjaan.

“Melalui ekosistem ini, kita mahu mengubah paradigma pemikiran generasi muda agar menjadi pencipta pekerjaan dan bukan hanya pencari pekerjaan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaT Fair) 2026 di Pusat Acara Hikmah Exchange (HEEC), di sini, hari ini.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat reruai pameran sempena SCaT Fair 2026 di Pusat Acara Hikmah Exchange (HEEC), Kuching. Foto UKAS

Majlis pelancaran SCaT Fair 2026 berkenaan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, penganjuran SCaT Fair 2026 mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam merapatkan jurang antara potensi dan peluang selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Menurutnya, Sarawak memperkukuh sistem pendidikan melalui pendekatan lebih praktikal dan berorientasikan masa depan bagi melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga berdaya saing di peringkat global.

“Selain kecemerlangan akademik, kita memberi penekanan kepada penguasaan STEM dan Bahasa Inggeris bagi memastikan generasi muda lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan,” katanya.

Tambahnya, usaha itu turut diperkukuh melalui pembelajaran teknologi secara praktikal termasuk pengagihan kit robotik dan inovasi ke sekolah-sekolah terpilih di seluruh negeri.

Pameran itu menyasarkan kehadiran sekitar 25,000 pengunjung dengan penyertaan lebih 130 pempamer merangkumi institusi pengajian tinggi awam dan swasta, institusi TVET, agensi kerajaan, penyedia latihan, organisasi kewangan dan pemain industri.

Dengan kerjasama PERKESO, SCaT Fair 2026 turut menawarkan 1,982 kekosongan jawatan kepada pengunjung.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan-Timbalan Menteri Kabinet Sarawak, Ketua-ketua Jabatan serta tetamu lain.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: IPCC sediakan saluran alternatif aduan salah laku polis – Ayob Khan
Next: Tarikh Pilihan Raya Negeri terus menjadi teka-teki, Premier belum beri bayangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.