Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak komited jaga kesihatan, keselamatan rakyat
  • TEMPATAN

Sarawak komited jaga kesihatan, keselamatan rakyat

Utusan Sarawak 4 years ago
UCAPAN… Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri, Kuching.

KUCHING: Kesungguhan dan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat daripada jangkitan virus Covid-19 jelas dapat dilihat dengan pembukaan sebanyak 343 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh bahagian dan daerah di Sarawak.

Menteri Pelancongan,Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, PPV ini terdiri daripada pusat vaksinasi awam, klinik swasta, klinik kerajaan, pusat vaksinasi bergerak, pusat vaksinasi industri, hospital, hospital swasta, pusat Astra Zeneca dan pusat vaksinasi universiti.

“Dari segi kedudukan pencapaian kumulatif Sarawak berbanding dengan negeri lain di negara, kita sedang berada di tangga ketiga paling ramai rakyat yang telah divaksin dengan dos satu dan di tangga kedua untuk dos kedua.

“Pencapaian yang amat baik ini jelas menunjukkan Kerajaan Sarawak amat prihatin terhadap kesihatan dan keselamatan rakyat,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri, malam tadi.

Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan menambah, mengenai Sambutan Hari Kebangsaan ini, beliau amat bangga program seperti ini berjaya dianjurkan oleh Kerajaan Sarawak.

“Ia merupakan satu acara yang penting dan satu usaha bagi meningkatkan semangat patriotisme, kesedaran dan kefahaman kita terhadap sejarah negara kita dan  tanggungjawab kita kepada negara dan bangsa.

“Melalui sambutan seperti ini, ia bertujuan supaya rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai sosio-budaya dan ekonomi sentiasa bersatu hati dan bekerjasama dalam membawa kemakmuran dan kesejahteraan untuk Sarawak,” ujarnya.

Jelasnya, apabila diterapkan konteks patriotisme, pandemik Covid-19 sebenarnya telah memperkukuhkan semangat patriotisme dikalangan rakyat.

“Contohnya, pandemik Covid-19 ini menyaksikan betapa masyarakat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama datang menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa disuruh.

“Mereka bekerjsama menyediakan makanan, pakaian, barang keperluan dan sebagainya kepada petugas barisan hadapan serta rakyat yang menghadapi kesukaran,” katanya.

Continue Reading

Previous: PEMVAKSINAN REMAJA DIPERTINGKATKAN
Next: Rekayasa Personaliti Politik Baharu Ismail Sabri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.