Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak komited bantu negara jiran
  • TEMPATAN

Sarawak komited bantu negara jiran

Utusan Sarawak 4 years ago
(DARI KANAN) Datuk Amar Michael Manyin Jawong, Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing dan Ketua Komando Tentera Wilayah XII Tanjungpura Mejar Jeneral TNI, Muhammad Nur Rahmad.

SERIAN: Keakraban hubungan antara Malaysia dengan banyak negara memudahkan urusan pemberian dan penerimaan bantuan dalam usaha memerangi Covid-19 dengan baik.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing berkata, Sarawak amnya akan terus membantu negara jiran khususnya Kalimantan, Indonesia yang kini kekurangan bekalan oksigen disebabkan peningkatan kes Covid-19 terutama melibatkan varian Delta.

Katanya, Sarawak sentiasa komited untuk membantu negara jiran khususnya Indonesia kerana sebelum ini juga, Sarawak pernah menghantar bantuan makanan kepada negara tersebut.

“Disebabkan peningkatan kes Covid-19 berlaku di sana (Indonesia) menyebabkan bekalan oksigen tidak mencukupi. Justeru kita turut membantu mereka dengan menghantar bekalan oksigen kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Ringkas Penyerahan Bekalan Oksigen Tambahan daripada Sarawak kepada Indonesia di Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu, di sini, semalam.

Masing yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan menambah, sebanyak 105 tan tong oksigen atau tujuh kontena bekalan oksigen telah dihantar ke Indonesia.

Katanya, Sarawak telah memberikan sebahagian daripada bekalan oksigen yang ada tetapi masih mempunyai bekalan untuk kegunaan rakyat di negeri ini.

“Pada masa yang sama, kita juga perlu melindungi rakyat di negeri ini dan menyimpan bekalan oksigen untuk kegunaan kecemasan dan setakat ini, bekalan oksigen di Sarawak masih mencukupi,” katanya.

Oleh SYAMIMI HUSNA

Continue Reading

Previous: PROJEK LEWAT DILANJUTKAN
Next: Pacu aktiviti ekonomi, sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.