Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak kini ada 25,000 buaya di 22 lembangan sungai 
  • SEMASA

Sarawak kini ada 25,000 buaya di 22 lembangan sungai 

Utusan Sarawak 6 months ago

Gambar hiasan

KUCHING: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dengan kerjasama Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), syarikat penyedia perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik kerajaan negeri telah membangunkan aplikasi “Sarawak CrocWatch” dalam pengurusan konflik antara manusia dan buaya.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata aplikasi yang dilancarkan pada September lepas membolehkan orang awam melaporkan kehadiran buaya.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata SFC juga sedang menyediakan pelan pengurusan buaya lebih komprehensif menerusi kerjasama strategik dengan memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Wildlife Management International Pty Ltd (WMI) di Darwin, Australia.

“WMI akan membantu dalam penggubalan pelan pengurusan buaya dan memberi latihan kepada pegawai SFC bagi meningkatkan pengurusan buaya di Sarawak. 

“Penyediaan pelan ini akan mengambil masa selama satu tahun. Laporan awal akan dikemukakan pada bulan hadapan bagi memberi gambaran tentang langkah-langkah yang perlu diambil,” katanya pada penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Awang Tengah berkata setakat ini, terdapat kira-kira 25,000 buaya di 22 lembangan sungai di Sarawak dan sebanyak 55 lesen memburu telah dikeluarkan dengan 234 papan tanda amaran telah dipasang di kawasan berisiko tinggi di seluruh negeri. 

“Dalam tempoh Januari hingga Oktober lepas, sebanyak 40 operasi pemantauan telah dilaksanakan oleh SFC dan hasilnya 35 ekor buaya berjaya dipindahkan dari kawasan berhampiran penduduk ke tempat yang sesuai,” katanya.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: DUN: JTS perlu dana RM2.8 bilion untuk ambilan tanah untuk 792 projek
Next: JPN dalam fasa akhir muktamad perolehan kad pengenalan generasi baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.