Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sarawak kembali ke Pameran Pelancongan Antarabangsa Taipei 2025 promosi ‘Gateway to Borneo’ ke pasaran Asia Utara
  • GLOBAL

Sarawak kembali ke Pameran Pelancongan Antarabangsa Taipei 2025 promosi ‘Gateway to Borneo’ ke pasaran Asia Utara

Utusan Sarawak 13 hours ago
WAKIL Lembaga Pelancongan Sabah,Hafiz Hazin (Pengarah Tourism Malaysia Taipei), Aznifah Ghani (Presiden Malaysia Friendship and Trade Centre Taipei) bersama wakil Lembaga Pelancongan Selangor dan Sarawak ketika majlis pelancaran Pavilion Malaysia sempena ITF 2025.

TAIPEI, Taiwan: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) sekali lagi menyertai Pameran Pelancongan Antarabangsa Taipei (ITF) 2025 bagi mempromosikan Sarawak sebagai ‘Gateway to Borneo’ dan memperkenalkan keunikan negeri itu menerusi lima tonggak pelancongan utamanya, iaitu Budaya, Pengembaraan, Alam Semula Jadi, Makanan dan Festival (CANFF).

Penyertaan ini juga sebahagian daripada persiapan Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY 2026) dan pameran yang berlangsung di Nangang Exhibition Hall 1 itu menjadi platform penting bagi STB memperkukuh kehadiran Sarawak dalam pasaran Taiwan serta menjalin hubungan erat dengan pemain industri dan pengunjung dari rantau berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datu Salleh Askor, berkata penyertaan itu memberi peluang untuk memperkenalkan kekayaan produk pelancongan Sarawak kepada pasaran Asia Utara yang semakin berkembang.

DELEGASI Sarawak bergambar bersama pengendali pelancongan berpusat di Taiwan yang mempromosikan pakej pelancongan Sarawak di Pavilion Sarawak.

Beliau menegaskan bahawa Taiwan kekal sebagai salah satu pasaran utama bagi Sarawak, manakala ITF Taipei menjadi wadah penting bagi memperkukuh kerjasama dengan rakan niaga dan pelancong antarabangsa.

Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, Sarawak turut menampilkan keistimewaan negeri ini merangkumi keindahan alam semula jadi, keunikan budaya dan warisan masyarakat, keramahan rakyat serta komitmen terhadap pelancongan bertanggungjawab dan lestari.

Sepanjang pameran itu, pelawat diperkenalkan dengan pelbagai tarikan yang mencerminkan tonggak utama CANFF, daripada warisan budaya dan masyarakat peribumi, kehijauan hutan hujan tropika, panorama pengembaraan, festival yang meriah hingga kepada cita rasa gastronomi kreatif Sarawak.

Kerjasama STB bersama rakan pelancongan dari Taiwan seperti ComeBest Tour Co. Ltd, China Dragon Travel Service Co. Ltd, Happy Go Travel Co. Ltd serta Nami International Travel Agency Co. Ltd (Lamingo Tour) turut memperkukuh promosi pakej pelancongan ke Sarawak yang menumpukan kepada pengalaman warisan, komuniti dan alam semula jadi.

PENGUNJUNG kelihatan teruja membeli pakej pelancongan Sarawak di Pavilion Sarawak sempena Pameran Pelancongan Antarabangsa Taipei (ITF) 2025.

Penyertaan STB di ITF 2025 juga melengkapi usaha pemasaran lebih luas di Taiwan, termasuk penganjuran Seminar Jaringan Perniagaan bersama Royal Brunei Airlines Taiwan yang diadakan awal tahun ini di Taipei dan Hualien.

Melalui pendekatan berterusan ini, STB terus memperkukuh kerjasama industri, meningkatkan kehadiran Sarawak di pasaran antarabangsa serta menyokong matlamat pelancongan negara menjelang VMY 2026.

Dengan menggabungkan elemen pemasaran, penceritaan dan kelestarian di bawah tonggak CANFF, Sarawak terus menginspirasi pelancong dari Taiwan dan rantau lain untuk meneroka jantung Borneo, sebuah destinasi penuh budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan dan festival yang sentiasa menawarkan ‘More to Discover’.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Dua maut dalam nahas pesawat ringan di Florida
Next: Presiden Brazil tekankan peralihan tenaga dan perlindungan hutan di COP30

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.