Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak jadikan model Abu Dhabi rujukan pembangunan pelabuhan, lapangan terbang
  • BISNES

Sarawak jadikan model Abu Dhabi rujukan pembangunan pelabuhan, lapangan terbang

Utusan Sarawak 2 weeks ago

ABU DHABI: Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti model pembangunan pelabuhan dan lapangan terbang di Abu Dhabi sebagai rujukan dalam melaksanakan pembangunan sektor yang sama di negeri itu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pendekatan tersebut melibatkan penilaian aspek perkhidmatan serta kos pelaksanaan infrastruktur.

“Ini membolehkan kita mengira kos sebenar yang diperlukan dan merancang strategi pembangunan secara berkesan.

“Sebagai contoh, Pelabuhan Abu Dhabi dibangunkan melalui kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta. Kita melihat bagaimana penglibatan sektor swasta turut menyumbang kepada kejayaan pembangunan pelabuhan ini,” jelasnya kepada media selepas melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, di sini, semalam.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk mengenal pasti model terbaik dalam usaha membangunkan industri penerbangan di Sarawak.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) dan Abu Dhabi Ports Group di Pelabuhan Khalifa.

Premier Sarawak juga menekankan kepentingan mengadaptasi teknologi canggih yang digunakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed sebagai contoh dalam merancang pembangunan lapangan terbang baharu di Sarawak.

“Kita telah menyaksikan bagaimana Abu Dhabi membangunkan sebuah lapangan terbang yang moden dengan teknologi terkini, termasuk sistem pergerakan penumpang yang efisien.

“Dari sudut seni bina pula, bangunan ini dikategorikan sebagai bangunan hijau, lengkap dengan semua komponen yang diperlukan untuk memenuhi piawaian kelestarian,” tambahnya.

Menurut beliau, pembangunan infrastruktur ini perlu mengambil kira prospek jangka panjang dan perubahan pasaran global, memandangkan Sarawak masih berada dalam fasa pembangunan pesat.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, dan Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali.

Turut sama, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan) Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu merangkap Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching Azizul Annuar Adenan, serta pegawai kanan kerajaan Sarawak yang lain.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Kerjasama strategik Bintulu Port Holdings, Abu Dhabi Ports Group perkukuh, tingkatkan jaringan ekonomi Sarawak
Next: Perodua akan keluarkan EV pada Oktober

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.