Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak fokus pelancongan domestik hadapi kesan konflik Asia Barat 
  • SEMASA

Sarawak fokus pelancongan domestik hadapi kesan konflik Asia Barat 

Utusan Sarawak 3 hours ago
MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap kepada media selepas merasmikan program Juh Berambeh Sungkei di Padang Merdeka petang ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Industri pelancongan Sarawak kini menumpukan kepada pengunjung domestik bagi menghadapi kesan konflik yang berlarutan di Asia Barat. 

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sekatan terhadap pengeluaran minyak akibat konflik menyebabkan kos bahan api meningkat, sekali gus menaikkan tambang penerbangan dan kos perjalanan. 

“Ramai pelancong mungkin menangguhkan perjalanan kerana kos perjalanan semakin tinggi. 

“Bagi memastikan industri terus berkembang, kita menumpukan usaha kepada pelancongan domestik. Pergerakan pelancong antara Kuching, Miri dan bandar lain di dalam negeri mampu merancakkan sektor ini,” katanya.  

RAKAM kenangan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama golongan asnaf yang turut memeriahkan program Juh Berambeh Sungkei di Padang Merdeka di sini petang ini. Foto Adele Rissa 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Juh Berambeh Sungkei di Padang Merdeka petang ini. 

Abdul Karim menambah, sasaran lima juta pengunjung bergantung kepada tempoh konflik dan kestabilan ekonomi global. 

“Situasi ini dijangka memberi kesan kepada keputusan orang ramai untuk melancong, termasuk menangguhkan rancangan bercuti.

“Sekiranya keadaan kembali stabil dalam masa terdekat, industri pelancongan berpotensi pulih menjelang hujung tahun,” jelasnya. 

Bagaimanapun, konflik yang berlarutan boleh memberi kesan lebih besar terhadap pergerakan pelancong dan perancangan sektor pelancongan, baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Beliau menegaskan, walaupun cabaran wujud, tumpuan kepada pelancongan domestik dapat memberi ruang kepada industri untuk terus berkembang, sambil rakyat masih berpeluang menikmati destinasi pelancongan dalam negeri dengan kos lebih terkawal.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gempa bumi lemah berlaku di Perairan Batu Pahat
Next: Kadar bantuan tanam semula getah di Sarawak naik kepada RM23,000 sehektar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.