Gempa bumi lemah berlaku di Perairan Batu Pahat

Facebook
WhatsApp
GEMPA bumi lemah bermagnitud 3.2 dikesan berlaku di Perairan Batu Pahat pada 6.07 petang tadi. Foto Jabatan Meteorologi Malaysia

JOHOR BAHRU: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 dikesan berlaku di Perairan Batu Pahat pada 6.07 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur, dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di kawasan perairan Johor dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut jabatan itu menerusi hantaran di Facebook.

Mereka yang merasai gegaran itu juga diminta mengisi borang soal selidik melalui pautan ini https://forms.gle/UkEQsYd1bcQAN7A97.

-Bernama

Serian, Lundu catat IPU tidak sihat

KUCHING: Kualiti udara di kebanyakan kawasan Sarawak masih berada pada tahap sederhana setakat 4.00 petang ini, dengan IPD Serian (MCAQM) meningkat

Gakpo tarik diri daripada skuad Belanda

LONDON, United Kingdom: Cody Gakpo menarik diri daripada skuad Belanda akibat kecederaan buku lali, sekali gus menambah masalah kecederaan yang