Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak dominasi acara olahraga Sukan Borneo 2025
  • SUKAN

Sarawak dominasi acara olahraga Sukan Borneo 2025

Utusan Sarawak 4 days ago
EVELYNE (tengah) meraih pingat emas dalam acara lompat bergalah bagi kategori wanita. Pingat gangsa dimenangi oleh Vera (kanan) dan pingat perak pula dimenangi oleh Samantha (kiri). Foto Shahrul Qaizat

PETRA JAYA: Atlet Sarawak sekali lagi membuktikan keunggulan apabila mendominasi beberapa acara akhir olahraga pada Sukan Borneo 2025 yang berlangsung di Stadium Negeri, hari ini.

Dalam acara lompat bergalah wanita, Evelyne Tan Xie Yie menghadiahkan emas kepada Sarawak manakala rakan sepasukannya Vera Then Xin Em membawa pulang gangsa. Pingat perak dimenangi atlet Sabah, Samantha Mae Godfrey Binting.

PINGAT emas, gangsa dan perak bagi acara 400 meter lari berpagar berjaya dibawa pulang oleh Muhammad Qarliff (tengah), Stevensie (kanan) dan Sebastian (kiri). Foto Shahrul Qaizat

Acara 400 meter lari berpagar lelaki pula menyaksikan sapuan bersih Sarawak apabila Muhammad Qarliff Kuyt Abdullah meraih emas, diikuti Stevensie Win Simon (perak) dan Sebastian Joe Simon (gangsa).

Kejayaan sama turut dilakar dalam kategori wanita apabila Mandy Goh Li muncul juara, diikuti Natalia Abby Uding Simon (perak) dan Maryance Mening Adrian (gangsa), kesemuanya dari Sarawak.

KETIGA-tiga atlet Sarawak berjaya mengisi podium dengan pingat emas, gangsa dan perak bagi acara 400 meter lari berpagar. Mandy (tengah) muncul juara, diikuti Natalia Abby Uding Simon meraih tempat kedua (kanan) dan Maryance Mening Adrian di tempat ketiga (kiri). Foto Shahrul Qaizat 

Bagi lompat kijang wanita, Sarawak mengekalkan penguasaan dengan Maritza Ferrer Neil Armstrong meraih emas, Joanna Sangster (perak) dan Lusia John (gangsa).

LOMPAT kijang bagi kategori wanita telah dimenangi oleh Maritza (tengah). Pingat gangsa dikutip oleh Joanna (kanan) dan perak oleh Lusia (kiri). Foto Shahrul Qaizat 

Dalam lontar peluru lelaki, Jonah Chang Rigan memastikan emas milik Sarawak, sementara Earl Isaac Mitzler Fredolin dari Sabah membawa pulang perak. Gangsa diraih atlet Sarawak, Muhammad Irsyad Irzalhazir Matali.

JONAH (tengah) menamatkan saingan dengan pingat emas bagi acara lontar peluru manakala Earl (kanan), perak dan gangsa Muhammad Irsyad (kiri). Foto Shahrul Qaizat 

Sorakan gemuruh penonton bergema apabila pasukan 4×100 meter lelaki Sarawak yang dibarisi Dillon Pu Young Chu, Dylan Leo Saran Stephen, Mohamad Nur Rahman Mohamad dan Jonathan Nyepa menamatkan saingan di tempat pertama, sekali gus menambah koleksi emas kontinjen tuan rumah.

Oleh Amanda L. & Shahrul Qaizat 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Hon Jian-Muhammad Haikal tamatkan cabaran di pusingan kedua Terbuka Korea
Next: Eksklusif: Anak Sarawak, Mohd Iezlan tawan gelanggang Kejohanan Silat Kebangsaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.