Hon Jian-Muhammad Haikal tamatkan cabaran di pusingan kedua Terbuka Korea

Facebook
WhatsApp
CHOONG Hon Jian dan Muhammad Haikal Nazri

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri ditunjukkan jalan keluar pada aksi pusingan kedua Terbuka Korea 2025 yang berlangsung di Gimnasium Suwon, Gyeonggi hari ini.

Gandingan yang menghuni ranking ke-47 dunia itu tewas kepada bekas juara dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 17-21, 11-21 dalam tempoh 36 minit.

Ia merupakan kekalahan ketiga beregu negara kepada pasangan nombor 11 dunia itu tahun ini iaitu selepas Masters Malaysia dan Terbuka Indonesia.

Menanti Hoki-Kobayashi di suku akhir pemenang pertembungan antara beregu tuan rumah Lee Jong Min-Wang Chan dengan Kim Jae Hyeon-Lee Sang Wong.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki negara Justin Hoh juga terkandas di pusingan kedua selepas tewas kepada pilihan utama kejohanan dari Denmark, Anders Antonsen 17-21, 11-21. – Bernama