Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak buat keputusan tepat tolak kemasukan pelarian Rohingya pada 2017
  • TEMPATAN

Sarawak buat keputusan tepat tolak kemasukan pelarian Rohingya pada 2017

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika sidang media Festival Makanan dan Budaya Samarahan di Bangunan Baitulmakmur II, di Petra Jaya, hari ini.

KUCHING: Keputusan kerajaan Sarawak menolak kemasukan pelarian Rohingya pada 2017 terbukti tepat berdasarkan pelbagai masalah sosial yang timbul akibat pengurusan tidak teratur golongan tersebut di Semenanjung Malaysia.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pendirian yang diambil oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika itu telah membolehkan Sarawak mengelakkan pelbagai isu yang kini dihadapi di beberapa negeri di Semenanjung.

Menurut beliau, Sarawak tetap bersimpati terhadap nasib etnik Rohingya yang terpaksa meninggalkan Myanmar akibat penindasan, namun pengurusan kemasukan pelarian perlu dilakukan secara teratur.

“Kita boleh lihat sekarang visi yang dibuat pada 2017 adalah tepat. Kita tidak menerima mereka, tetapi itu tidak bermakna kita tidak berperikemanusiaan.

“Kerajaan Sarawak sentiasa bersedia membantu mereka yang memerlukan bantuan. Semasa pandemik Covid-19, termasuk warga asing yang terkandas di negeri ini kerana sempadan ditutup, kita turut membantu mereka walaupun mereka bukan dalam kategori asnaf.

“Itu menunjukkan pentadbiran Sarawak bukan kejam. Kita akan membantu apabila ada keperluan, tetapi dalam masa sama kita mahu memastikan kemasukan pelarian atau pendatang asing diurus secara teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Festival Makanan dan Budaya Samarahan di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, kelemahan dalam pengurusan pelarian menyebabkan ada antara mereka menetap terlalu lama sehingga membentuk penempatan sendiri dan menguasai beberapa sektor ekonomi yang akhirnya memberi kesan kepada penduduk tempatan.

Katanya, keadaan itu turut menyumbang kepada peningkatan pelbagai masalah sosial sekiranya tidak dikawal dengan berkesan.

“Jika Kerajaan Persekutuan mahu menerima pelarian atau mereka yang ditindas di negara asal, pastikan semuanya dilakukan secara teratur.

“Jangan sampai mereka yang datang itu akhirnya membuka penempatan sendiri dan menimbulkan kesukaran kepada anak tempatan untuk menjalankan perniagaan serta mencari rezeki,” katanya.

Beliau menegaskan Sarawak akan terus berpegang kepada dasar berhati-hati dalam isu melibatkan kemasukan pelarian dan pendatang asing demi menjaga kestabilan sosial serta kesejahteraan rakyat negeri ini.

Pada September 2017, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang ketika itu Ketua Menteri Sarawak menegaskan kerajaan negeri tidak akan membenarkan pelarian Rohingya ditempatkan di Sarawak dan tidak mahu terlibat dalam isu berkenaan.

Pendirian tersebut turut disokong oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi ketika itu, Datuk Seri Michael Manyin Jawong yang menolak sebarang usaha membawa etnik Rohingya ke Sarawak, khususnya di kawasan Serian dan Bau, susulan dakwaan tular di media sosial mengenai penempatan pelarian berkenaan di negeri ini.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Belia Sarawak gesa bandar lebih bersih, selamat dan mesra kanak-kanak
Next: AirBorneo dijangka terbang terus ke Bangkok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.