Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak berpotensi jadi kuasa besar sukan tarik tali negara
  • SUKAN

Sarawak berpotensi jadi kuasa besar sukan tarik tali negara

Utusan Sarawak 1 day ago
TARIK TALI…DatoHenry Sum Agong bersama Awangku Jinal Abedin mengetuai pasukan kenamaan menentang pasukan pengadil Tarik Tali Sarawak dan Malaysia sebagai simbolik perasmian.

LAWAS: Sarawak berpotensi muncul sebagai kuasa besar sukan tarik tali di Malaysia sekiranya semua persatuan di negeri ini bersatu di bawah naungan Persatuan Tarik Tali Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, menekankan bahawa perpaduan dan kerjasama erat antara semua persatuan amat penting bagi memastikan pembangunan sukan tarik tali berjalan secara tersusun serta mendapat sokongan padu daripada kementerian berkaitan

“Untuk kita bergerak lebih jauh dan cemerlang di peringkat kebangsaan atau antarabangsa, penyatuan di bawah satu badan induk adalah kunci kejayaan,” katanya menerusi wakil beliau, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, ketika merasmikan Kursus Pengadilan, Jurulatih dan Teknikal Tarik Tali di Kompleks Sukan Lawas, pagi tadi.

Dalam ucapannya, Henry Sum turut menyatakan keyakinan terhadap bakat muda Sarawak dalam sukan tarik tali yang menurutnya sangat dekat dengan budaya komuniti setempat dan sering dianjurkan di peringkat kampung.

“Sukan ini bukan sahaja mencabar fizikal, tetapi juga memperkukuh semangat berpasukan. Ramai anak muda kita yang berbakat, dan mereka perlu diberi peluang dan sokongan,” ujarnya.

Sebagai tanda sokongan kerajaan terhadap pembangunan sukan ini, beliau turut mengumumkan geran berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Tarik Tali Lawas bagi membantu mereka melaksanakan pelbagai aktiviti dan program pembangunan atlet.

BERSATU TEGUH…Dato Henry Sum Agong dan Steve Lius bersama kenamaan dan peserta dari Brunei, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dengan langkah penyatuan dan sokongan menyeluruh, Sarawak kini berada di landasan yang kukuh untuk mengukir nama sebagai jaguh tarik tali di Malaysia dan seterusnya ke persada dunia.

Turut serta ialah wakil-wakil dari Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Brunei, menandakan potensi kerjasama serantau dalam memartabatkan sukan tradisional ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Tarik Tali Sarawak, Steve Lius, Presiden Persatuan Tarik Tali Malaysia, Rusle Mat Ariff dan Ketua Teknikal Persatuan Tarik Tali Malaysia, Major (B) Azmi Mohammad.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Tiga beregu campuran lepasi halangan pertama di Terbuka Jepun 2025
Next: ADUN Krian ucap tahniah pasukan badminton PDRM Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.