Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sarawak antara lima negeri terima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran
  • NASIONAL

Sarawak antara lima negeri terima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran

Utusan Sarawak 7 months ago

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi

KUALA LUMPUR: Lima negeri menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran untuk Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 yang dikemukakan antara Januari hingga Jun 2024.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, dalam kenyataan berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 mengenai Kerajaan dan Agensi Negeri yang dibentangkan di Parlimen, hari ini berkata, lima negeri berkenaan adalah Johor, Pahang, Perak, Sarawak, dan Sabah.

Beliau berkata, jumlah berkenaan adalah daripada keseluruhan 13 Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang dikemukakan.

“Lapan negeri iaitu Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran dengan Perenggan Hal-hal Lain,” katanya.

Ketua Audit Negara mengemukakan 260 syor untuk dipertimbang pelaksanaannya oleh kementerian, jabatan, agensi serta syarikat kerajaan negeri. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: KD Pendekar berjaya diapungkan semula – TLDM
Next: Pindaan Ordinan Buruh Sabah diluluskan selepas 20 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.