Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak: 35,424 calon SPM mula duduki peperiksaan
  • TEMPATAN

Sarawak: 35,424 calon SPM mula duduki peperiksaan

Utusan Sarawak 4 months ago

Pengarah Janatan Pendidikan Negeri Sarawak, Omar Mahli berbual dengan pelajar SPM ketika melawat SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor di Kuching hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Sarawak mencatatkan seramai 35,424 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertulis yang bermula hari ini.

Pengarah Janatan Pendidikan Negeri Sarawak, Omar Mahli berkata daripada jumlah itu menyatakan bahawa seramai 33,040 terdiri dari sekolah kerajaan dan selebihnya sekolah Swasta dan calon persendirian.

“Sarawak telah membuka 255 pusat peperiksaan di 207 sekolah bagi memastikan kelancaran semasa peperiksaan dijalankan.

“Bagi melaksanakan sesi ujian bertulis, pihak kementerian telah mengambil masa selama 16 hari untuk menyelesaikan 42 kertas peperiksaan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi lawatan tinjauan SPM ke SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor (DPHA) di sini pagi ini.

Omar juga berkata sehingga hari ini tiada sebarang aduan diterima daripada calon di Sarawak berhubung ketidakhadiran calon akibat bencana.

“Buat masa ini kita tidak menerima sebarang panggilan atau aduan daripada calon-calon yang menyatakan tidak dapat hadir untuk duduki peperiksaan.

“Kelancaran peperiksaan hingga ke hari ini masih berjalan lancar dan tiada aduan berkaitan bencana banjir berlaku di Sarawak”katanya.

Di SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor  hari ini, seramai 290 calon menduduki SPM.

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: Tidak ramai doktor kalangan anak Sarawak – Dr Sim
Next: Kamera badan untuk pegawai penguat kuasa MBKS 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.