Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SAR mangsa tanah jerlus diteruskan pagi ini
  • NASIONAL

SAR mangsa tanah jerlus diteruskan pagi ini

Utusan Sarawak 9 months ago
OPERASI mencari dan menyelamat Seorang wanita warganegara India dipercayai terjatuh kira-kira 10 meter sebelum tertimbus akibat tanah mendap di Masjid India, Kuala Lumpur, kira-kira 8.00 pagi semalam, diteruskan hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India mangsa insiden tanah jerlus di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India di sini akan disambung pagi ini.

Bagaimanapun, sehingga 10.30 pagi, operasi SAR masih belum bermula dan difahamkan agensi terlibat membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Indah Water Konsortium masih berbincang bagi menentukan lokasi pencarian.

Turut berada di lokasi pagi ini Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa.

Pengamal media juga berada di lokasi kejadian sejak 8.00 pagi bagi membuat liputan pencarian yang memasuki hari kedua.

Pemerhatian Bernama mendapati premis perniagaan berdekatan lokasi tidak ditutup dengan garisan kuning polis dan beroperasi seperti biasa seawal 8.00 pagi.

Semalam, media melaporkan mangsa merupakan seorang pelancong dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian pada 8.22 pagi itu.

Rusdi berkata, operasi SAR terpaksa ditangguhkan sementara pada 12.30 tengah malam tadi dan akan disambung semula 9.00 pagi ini ekoran hujan lebat selain persekitaran gelap yang menyukarkan pencarian. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lebih 17 jam berlalu, mangsa insiden tanah jerlus masih gagal ditemukan
Next: Insiden Jalan Masjid India: Tanah mendap berlaku berdekatan lokai tanah jerlus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.