Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • SAR lapor 357,000 jemaah dihantar dari Muzdalifah ke Mina guna Metro Al Mashaaer Al Mugaddassah
  • GLOBAL

SAR lapor 357,000 jemaah dihantar dari Muzdalifah ke Mina guna Metro Al Mashaaer Al Mugaddassah

Utusan Sarawak 4 hours ago
LEBIH 961,000 jemaah guna Metro Al Mashaaer dalam empat fasa perjalanan haji. Foto SAR

MINA: Syarikat Kereta Api Arab Saudi (SAR) mengumumkan perjalanan keempat Metro Al Mashaaer Al Mugaddassah telah disempurnakan, menyaksikan penghantaran jemaah haji dari Muzdalifah ke Mina pada 9.00 pagi Rabu, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

SAR memaklumkan bahawa lebih 357,000 penumpang dibawa dalam perjalanan kali ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bagi keempat-empat fasa perjalanan meningkat kepada melebihi 961,000 orang.

Perjalanan kelima pula bermula pada 9.00 pagi dan dijadualkan berterusan sehingga 6.00 petang pada 13 Zulhijjah.

Menurut SAR, pelan operasinya bagi Metro Al Mashaaer Al Mugaddassah merangkumi lebih 2,000 perjalanan, yang dijangka memberi perkhidmatan kepada lebih dua juta jemaah sepanjang musim Haji ini.- Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: Harga minyak jatuh didorong harapan perang AS-Iran berakhir
Next: Kerbau ‘Trump’ terselamat daripada dikorbankan, dipelihara di zoo Bangladesh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.