Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sapok Biki, Tee Kui, Sharifah Nurhalimatun ketuai larian baton SUKMA Bahagian Samarahan
  • TEMPATAN

Sapok Biki, Tee Kui, Sharifah Nurhalimatun ketuai larian baton SUKMA Bahagian Samarahan

Utusan Sarawak 11 months ago
TIGA ikon sukan (dari kanan) Sharifah Nurhalimatun, Sapok Biki dan Wong Tee Kui mengetuai larian baton sempena Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Kota Samarahan, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Tiga Ikon Sukan Sarawak termasuk pemenang pingat emas Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, Mejar Sapok Biki mengetuai larian baton sempena Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Dua lagi ialah pegawai polis Wong Tee Kui, bekas atlet lontar tukul besi kebangsaan dan atlet silat negara Sharifah Nurhalimatun Sa’idah Wan Mohamad.

Wong adalah atlet legenda yang pernah mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat emas pada Sukan SEA 1991, 1993, 1995, 1999 dan 2001.

Ketiga-tiga anak Samarahan itu menyertai seramai 500 peserta yang diadakan di pekarangan The Summer Shopping Mall, di sini.

Bahagian Samarahan menjadi lokasi persinggahan ke-11 Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024.

Acara perlepasan larian tersebut telah disempurnakan oleh Residen Bahagian Samarahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Larian Baton SUKMA XXI dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang.

Pelbagai program dilaksanakan bermula seawal 7.30 pagi yang didahului dengan senam robik dan diteruskan dengan larian baton sejauh tiga kilometer (km) diketuai tiga Ikon Sukan Sarawak itu.

Acara telah diteruskan dengan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bagi menyempurnakan majlis penyerahan baton SUKMA XXI Sarawak yang disampaikan oleh ketiga-tiga ikon sukan Sarawak berkenaan.

Turut hadir pada majlis penyerahan baton itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Morshidi Fredrick, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datu Felicia Tan Ya Hua; Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Semawi Mohamad; Pegawai Daerah Samarahan Ahmad Abdul Razak dan Pengarah Urusan The Summer Shopping Mall Dato Lee Chee Fui.

Continue Reading

Previous: Kehadiran Perdana Menteri bakal serikan sambutan Hari Gawai peringkat negeri
Next: PETRONAS, media Sarawak bekerjasama tingkat pemahaman berkaitan industri minyak, gas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.