Sampel asteroid tiba di bumi

Facebook
WhatsApp
KAPSUL yang membawa sampel asteroid tersebut ditemui di sebuah kawasan gurun di selatan Australia pagi semalam. • Foto AFP

SYDNEY: Kapsul mengandungi sampel yang diperoleh daripada asteroid purba digelar Ryugu yang dijatuhkan kapal angkasa Hayabusa-2 milik Jepun pada ketinggian kira-kira 220,000 kilometer akhirnya mendarat di kawasan gurun di selatan Australia semalam.

Ia sekali gus menandakan misi yang dilancarkan pada Disember 2014 telah berakhir.

Kapsul tersebut memasuki atmosfera pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan di Jepun) dan turut menghasilkan bebola api seperti tahi bintang.

Sampel seberat tidak lebih 0.1 gram itu diharap akan memberi penjelasan tentang asal-usul kehidupan dan pembentukan alam semesta.

Agensi angkasa Jepun (JAXA) turut mengesahkan penemuan sampel itu dengan bantuan suar yang dipancarkan kapsul itu sejurus ia memasuki atmosfera selepas berpisah dengan Hayabusa-2 semalam.

Difahamkan, saintis akan melakukan analisis awal termasuk memeriksa jika berlaku sebarang pelepasan gas sebelum ia dihantar ke Jepun.

Separuh daripada sampel itu juga akan dikongsi bersama Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dan pertubuhan antarabangsa lain manakala bakinya disimpan untuk kajian akan datang. – AFP

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos