Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sambut baik penubuhan SADA
  • TEMPATAN

Sambut baik penubuhan SADA

Utusan Sarawak 5 years ago
SUMBANGAN… Datuk Mong Dagang menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima pada Majlis Penyerahan Sumbangan Aidiladha kepada Warga Emas dan OKU di Kampung Melayu Tanjung Bijat, Sri Aman, baru baru ini.

SRI AMAN: Penduduk perlu menyambut baik usaha Kerajaan Sarawak dalam menubuhkan Jawatankuasa Kawasan Pembangunan Sri Aman atau SADA kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang.

Beliau ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Aidiladha kepada Warga Emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Kampung Melayu Tanjung Bijat di sini berkata, penubuhan SADA penting kerana ia secara tidak langsung dapat merancakkan lagi proses pembangunan Sri Aman pada masa akan datang.

“Penubuhan Jawatankuasa SADA adalah penting kerana Sri Aman perlu mencontohi beberapa badan berkuasa dalam negeri ini yang telah berjaya melaksanakan pelan pembangunan di kawasan tadbir mereka dengan lebih efektif.

“Antara Badan berkuasa tersebut adalah Upper Rejang Development Agency (URDA), Intergrated Regional Samarahan Development Agency (ISDA), Highland Development Agency (HDA) dan Northern Region Development Agency (NRDA),” kata Mong.

Beliau turut menambah, penubuhan badan berkuasa itu telah berjaya merancak proses pembangunan di Kapit, Samarahan, Baram, Limbang dan Lawas dengan Sri Aman juga mampu mencapai harapan seperti itu jika kerajaan selesai menubuhkan SADA kelak.

Selain itu, beliau pada ucapannya juga memberitahu penubuhan Jawatankuasa SADA adalah perlu memandangkan Sri Aman termasuk beberapa bahagian dalam negeri ini berjiran dengan Kalimantan Barat, Indonesia.

“Presiden Indonesia, Joko Widodo mahu memindahkan ibu kota negara mereka dari Jakarta ke Kalimantan Barat di sini yang secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya ‘spill over effect’ dari segi ekonomi di Sri Aman.

“Atas sebab itulah pentingnya kewujudan SADA agar badan berkuasa ini dapat membantu menggubah budaya kerja dan niaga yang sedia ada di Sri Aman menerusi ‘spill over effect’ dari negara jiran itu nanti,” kata beliau.

Mong juga yakin penubuhan SADA akan dapat mengubah wajah pembangunan Pekan Lubok Antu, Pekan Engkilili, Pekan Batu Lintang, Bandar Simanggang, Pekan Lachau, Pekan Pantu dan Pekan Balai Ringin secara drastik pada masa akan datang.

Mong pada program itu mengumum peruntukan Program Transformasi Luar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan berjumlah RM100,000 untuk pembinaan padang futsal dan  RM150,000 untuk pembinaan parit di penempatan Kampung Melayu Tanjung Bijat.

Beliau juga bertindak meluluskan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM20,000 untuk Jawatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu Tanjung Bijat dengan RM15,000 lagi diumum untuk Masjid Nadhatul Islam di kampung berkenaan.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: Surau baharu untuk masyarakat Islam Darul Hana
Next: Sg. Asap: Paip HDPE ganti paip lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.