Kapten Mesir, Mohamed Salah menjaringkan gol menerusi sepakan penalti ketika menentang Afrika Selatan di Agadir. Foto AFP
AGADIR (Maghribi): Mohamed Salah menjaringkan gol kemenangan ketika Mesir menewaskan Afrika Selatan 1-0 walaupun beraksi dengan 10 pemain, sekali gus menjadi pasukan pertama layak ke pusingan kalah mati Piala Negara-Negara Afrika 2025.

Bintang Liverpool itu menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-45 selepas insiden kekasaran ke atasnya, sebelum Mesir kehilangan Mohamed Hany yang dibuang padang akibat kad kuning kedua.
Afrika Selatan gagal memanfaatkan kelebihan pemain dan turut dinafikan sepakan penalti pada lewat permainan, sekali gus kekal dengan tiga mata dalam Kumpulan B.

Kemenangan ini menyaksikan Mesir mengumpul enam mata dan mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir. – AFP