Salah bantu mesir benamkan Afrika Selatan, untuk ke pusingan kalah mati

Facebook
WhatsApp
Kapten Mesir, Mohamed Salah menjaringkan gol menerusi sepakan penalti ketika menentang Afrika Selatan di Agadir. Foto AFP

AGADIR (Maghribi): Mohamed Salah menjaringkan gol kemenangan ketika Mesir menewaskan Afrika Selatan 1-0 walaupun beraksi dengan 10 pemain, sekali gus menjadi pasukan pertama layak ke pusingan kalah mati Piala Negara-Negara Afrika 2025.

Pertahanan Afrika Selatan, Khuliso Mudau (kanan) mengasari Mohamed Salah sehingga menghadiahkan sepakan penalti kepada Mesir. Foto AFP

Bintang Liverpool itu menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-45 selepas insiden kekasaran ke atasnya, sebelum Mesir kehilangan Mohamed Hany yang dibuang padang akibat kad kuning kedua.

Afrika Selatan gagal memanfaatkan kelebihan pemain dan turut dinafikan sepakan penalti pada lewat permainan, sekali gus kekal dengan tiga mata dalam Kumpulan B.

Mohamed Salah (kanan) meraikan jaringan pembukaan bersama rakan sepasukan, Zizo, ketika aksi Kumpulan B Piala Negara-Negara Afrika 2025 menentang Afrika Selatan di Agadir. Foto AFP

Kemenangan ini menyaksikan Mesir mengumpul enam mata dan mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir. – AFP