Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Saingan buru empat teratas semakin sengit
  • SUKAN

Saingan buru empat teratas semakin sengit

Utusan Sarawak 5 years ago
RAIKAN…Mason Greenwood antara pemain muda yang semakin menyerlah dalam skuad United ketika ini

MANCHESTER United berjaya meraih kemenangan penting dengan menewaskan Bournemouth 5-2 dan naik ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) seketika sebelum Chelsea menumpaskan Watford 3-0 pada satu lagi perlawanan pagi kelmarin.

Manakala Leicester kembali bangkit dengan mengalahkan Crystal Palace 3-0 sebentar awal pagi kelmarin.

Pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer bersemangat untuk memburu tempat ke kelayakan Liga Juara-Juara musim depan selepas memberikan persembahan yang amat menarik di Old Trafford.

Pemain muda United, Mason Greenwood berjaya meledak dua gol menarik untuk pasukannya.

Sementara Marcus Rashford, Anthony Martial dan Bruno Fernandes masing-masing menjaringkan satu gol, dengan Rashford menyempurnakan sepakan penalti untuk pasukannya sekali gus gol ke-20 untuknya musim ini.

Bagaimanapun, United dikejutkan dengan jaringan pembukaan pelawat melalui Junior Stanislas pada minit ke-16, setelah berjaya memperdaya pertahanan United.

Satu lagi gol Bournemouth hadir hasil sepakan penalti Joshua King selepas empat minit aksi separuh masa kedua.

Di Stadium King Power, Leicester perlu menunggu lima minit selepas aksi separuh masa kedua bersambung untuk memecah kebuntuan dan ia berpunca daripada kesilapan penjaga gol Palace, Vicente Guaita.

Guaita gagal menangkap kemas hantaran lintang Youri Tielemans, sekali gus membolehkan Kelechi Iheanacho meletakkan pasukan tuan rumah di depan.

Jamie Vardy pula menjaringkan gol EPL ke-100 pada minit ke-77 dan mengesahkan kemenangan tuan rumah hasil jaringkan kedua di minit akhir perlawanan. – AFP

Continue Reading

Previous: Bentuk pasukan lebih awal
Next: Luqman mampu gegar Belgium

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.