Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Sacofa jalin kerjasama dengan ZTE modenkan rangkaian di Sarawak
  • TEKNOLOGI

Sacofa jalin kerjasama dengan ZTE modenkan rangkaian di Sarawak

Utusan Sarawak 24 hours ago
KERJASAMA……Sacofa, penyedia infrastruktur telekomunikasi negeri Sarawak menjalin kerjasama strategik dengan  ZTE Corporation.

KUCHING: Sacofa, penyedia infrastruktur telekomunikasi negeri Sarawak menjalin kerjasama strategik dengan  ZTE Corporation bagi memodenkan rangkaian infrastrukturnya untuk menyokong pertumbuhan digital masa depan.

ZTE Corporation merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bersepadu global.

Dalam satu kenyataan hari ini, Sacofa berkata pemodenan rangkaian itu akan memberikan kapasiti ultra-jalur lebar yang boleh diskala menerusi teknologi Jaringan Pengangkutan Optik (OTN) jalur penuh yang mampu menyokong kadar pemindahan data sehingga 1.6 terabit sesaat.

Ia dipertingkatkan dengan kawalan rangkaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk kebolehpercayaan tinggi serta kecekapan spektrum yang optimum.

“Bagi rangkaian pengangkutan teras, ia memanfaatkan pemproses Enhanced Deterministic Networking (EDN) 6-dalam-1 yang menyokong pemajuan data berkelajuan tinggi dengan jaminan kependaman rendah serta prestasi rintangan gangguan (jitter) untuk aplikasi masa nyata,” menurut kenyataan itu.

Di samping itu, peningkatan ini akan memperkukuh penyampaian jalur lebar berskala, mempertingkat prestasi tahap perkhidmatan serta mengoptimumkan kecekapan operasi keseluruhan, katanya.

Inisiatif ini juga disifatkan sebagai pencapaian penting dalam usaha memperkukuh kesalinghubungan digital negeri Sarawak.

Sacofa kini sedang menaik taraf pengangkutan teras, penghalaan dan lapisan optik dengan penyelesaian termaju ZTE. Ia sekali gus menyediakan asas rangkaian yang kukuh dan berdaya tahan untuk prestasi jangka panjang dan kebolehcapaian tinggi.

Pengarah Urusan Sacofa Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib berkata kerjasama dengan ZTE adalah langkah penting ke arah merealisasikan visi kerajaan negeri menerusi Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 serta Rangka Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030.

“Dengan memodenkan infrastruktur rangkaian, Sacofa berada pada kedudukan terbaik untuk menterjemahkan peningkatan kapasiti dan kebolehpercayaan ini kepada pertumbuhan ekonomi dan kesiapsiagaan operasi yang lebih tinggi. Kemajuan ini menyokong agenda jangka panjang Sarawak dalam aspek digital dan infrastruktur,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan ZTE Malaysia Steven Ge berkata kerjasama ini menggabungkan kepakaran infrastruktur tempatan Sacofa dengan inovasi global ZTE dalam teknologi teras dan pengangkutan optikal.

“Menerusi kerjasama ini, kami membina rangkaian teras digital masa hadapan yang mampu menyokong perkhidmatan 5G, awan (cloud) dan teknologi berasaskan AI, seiring dengan aspirasi Sarawak ke arah ekonomi digital yang dinamik dan inklusif menjelang 2030,” kata beliau.

-Bernama

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Perkhidmatan Google tergendala di beberapa negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.