KUCHING: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) menerima sumbangan mesin ultrasound bernilai RM246,000 dalam satu majlis penyerahan rasmi di Wisma SABATI di sini, hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh isteri kepada Premier Sarawak yang juga Pengerusi SABATI, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Sumbangan tersebut terdiri daripada RM106,508 yang disumbangkan oleh One Medicare Sdn Bhd dan RM139,492 oleh Biomedix Solution Sdn Bhd.
Hadir sama menyaksikan majlis ini ialah Timbalan Presiden SABATI Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud dan Dato Doreen Mayang Uggah dan Bendahari Kehormat SABATI, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin.- EDISI UKAS