Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • RWMF 2025 tawar harga tiket istimewa
  • HIBURAN

RWMF 2025 tawar harga tiket istimewa

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2025 kini membuka jualan tiket awal dengan tawaran harga istimewa bagi pembeli terawal.  

Dengan tema “Connections: One Earth, One Love”, festival yang dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 22 Jun itu menjanjikan pengalaman muzik dan budaya yang luar biasa.

Tawaran tiket awal ini memberi peluang kepada peminat muzik, pencinta budaya serta pelancong untuk mendapatkan tempat mereka di acara berprestij ini pada harga lebih menjimatkan.  

Tahun ini, lebih 170 penghibur dari 20 negara akan menghidupkan pentas RWMF, termasuk nama-nama besar seperti The Earth, Wind & Fire Experience oleh Al McKay, kumpulan Otyken dari Siberia, Rusia, serta kumpulan tempatan At Adau.

Penonton turut berpeluang menikmati persembahan ‘luar biasa’ ini dalam suasana magis di Kampung Budaya Sarawak, lokasi ikonik yang terkenal dengan keunikan budaya dan keindahan alam semula jadinya.  

Menurut kenyataan media semalam, tiket Pas Sehari Dewasa boleh didapati pada harga RM235, menjimatkan RM48 berbanding harga pra-jualan (RM283) dan RM98 berbanding harga jualan di pintu masuk (RM333).

Sementara itu, Pas Tiga Hari Dewasa ditawarkan pada harga RM635, memberikan penjimatan RM130 berbanding pra-jualan (RM765) dan RM200 berbanding jualan di pintu masuk (RM835).

Tiket untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun pula berharga RM80, manakala kanak-kanak bawah 3 tahun diberikan kemasukan percuma.  

Bagi memudahkan perjalanan ke Kuching, rakan penerbangan rasmi festival, Malaysia Airlines (MH) dan Firefly (FY), menawarkan diskaun sehingga 20 peratus untuk penerbangan ke destinasi ini.

Tawaran ini terbuka kepada pelancong dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Australia, New Zealand, dan United Kingdom. Pelanggan yang menempah tiket melalui Malaysia Airlines boleh menggunakan kod promosi MHRWMF25, manakala pengguna Firefly boleh memasukkan kod FYRWMF25 untuk menikmati potongan harga tersebut. -UKAS

Continue Reading

Previous: Impi adakan konsert solo di luar negara
Next: Adi Putra seorang yang toksik?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.