Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Rusuhan ganas di Jerman
  • GLOBAL

Rusuhan ganas di Jerman

Utusan Sarawak 5 years ago

BERLIN: Ratusan individu merusuh di bandar Stuttgart di Jerman awal pagi semalam.

Dalam kejadian itu, perusuh turut membaling batu dan objek lain ke arah polis serta memecah tingkap premis perniagaan.

“Polis kini sedang menyoal siasat lebih 20 suspek yang berjaya ditahan,” kata jurucakap pihak berkuasa di bandar barat daya itu dalam satu kenyataan.

Menurutnya, lebih 12 anggota polis turut cedera dalam insiden itu.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya insiden keganasan ini. Mereka yang terlibat wajar dihukum,” kata Perdana Menteri Wuerttemberg, Winfried Kretschmann.

Menteri Dalam Negeri di wilayah itu, Thomas Strobl juga mendakwa rusuhan ganas seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Difahamkan, ketegangan meningkat selepas waktu tengah malam sejurus pihak berkuasa melakukan pemeriksaan dadah terhadap individu yang berkumpul berhampiran dataran terbesar di bandar itu, Schlossplatz.

Tidak lama selepas itu, pertempuran tercetus apabila sekumpulan individu bertindak ganas dan mula memecahkan tingkap kereta peronda polis yang diparkir di kawasan tersebut.

Dianggarkan kira-kira 500 individu terlibat dalam rusuhan itu yang turut menyaksikan deretan kedai di Koenigstrasse yang menjadi tumpuan utama pengunjung membeli-belah dipecah masuk dan pelbagai barangan dilarikan.

Minggu lalu, insiden pertempuran sama dilaporkan antara polis dan sekumpulan remaja di pusat bandar. – AFP

Continue Reading

Previous: Gunung Merapi meletus dua kali
Next: Beijing tambah kapasiti ujian saringan Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.