Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Rusia isytihar gencatan senjata sempena sambutan hari kemenangan
  • GLOBAL

Rusia isytihar gencatan senjata sempena sambutan hari kemenangan

Utusan Sarawak 2 days ago
PRESIDEN Rusia Vladimir Putin

MOSCOW: Gencatan senjata sementara yang diumumkan oleh Rusia kini berkuat kuasa dan akan berterusan sehingga tengah malam 11 Mei, bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Hari Kemenangan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Langkah itu diumumkan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin ketika negara itu bersiap sedia mengadakan sambutan peringkat kebangsaan bagi memperingati tamatnya Perang Dunia Kedua di Eropah.

Hari Kemenangan atau “Den Pobedy” disambut pada 9 Mei setiap tahun dengan perarakan tentera di Dataran Merah, Moscow, selain pelbagai acara peringatan di seluruh negara.

Bagaimanapun, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky tidak menyokong inisiatif gencatan senjata itu dan menasihatkan pemimpin serta delegasi asing supaya tidak menghadiri sambutan di Moscow atas alasan kebimbangan keselamatan.

Kenyataan itu bagaimanapun ditolak oleh pihak berkuasa Rusia sambil menegaskan sambutan akan diteruskan seperti dirancang. – Bernama – Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Trump mahu hidupkan semula Hollywood dengan tarif filem 100 peratus  
Next: Jemaah Malaysia puji inisiatif Makkah Route Arab Saudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.