AMERIKA SYARIKAT: Rusia dan China semalam, memboikot sidang video tertutup Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai senjata kimia di Syria yang disebut Moscow sebagai ‘tidak diterima’.
Menurut sumber yang enggan namanya disebut, berkata, kedua-kedua negara itu membiarkan layar skrin mereka kosong ketika sidang video terbabit.
Ketika sidang media maya, Duta Besar PBB Rusia, Vassily Nebenzia mengatakan Moscow mempunyai satu permintaan.
“Permintaannya ialah mahu interaksi sidang video itu dilakukan dalam suasana terbuka.
“Malangnya, anggota dari Barat dari sekutunya, berkeras mahu mengadakan persidangan secara tertutup dalam keadaan tidak formal bertentangan dengan slogan Majlis Keselamatan yang mengesyorkan keterbukaan dan ketelusan,” katanya.
Katanya, pendekatan sebegitu tidak dapat diterima pihaknya berikutan ia menafikan hak negara dalam Konvensyen Senjata Kimia.
“Dalam mesyuarat bulan, anggota UNSC mahu mendengar laoran daripada wakil tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perlucutan senjata, Izumi Nakamitsu dan ketua PBB untuk Larangan Senjata Kimia (OPCW), Fernando Arias.
“Di samping tujuan mesyuarat juga adalah untuk mendengar laporan khabar daripada Penyelaras Pasukan Penyiasatan dan Pengenalpastian (IIT) OPCW, Santiago Onate-Laborde yang dimulakan pada tahun 2018,” katanya.
Terdahulu, ITT yang kali pertama menerbitkan laporan pada awal April lalu, secara terang-terangan menyalahkan Damascus (Syria) di atas tiga siri serangan senjata kimia pada 2017.
Menurut Moscow yang berpihak kepada Damsyik, Syria sudah menghentikan program senjata kimianya, memusnahkan bekalan senjata kimia dan kemampuan pengeluarannya.
Damsyik pula menafikan pihaknya bertanggungjawab terhadap serangan yang dicetuskan pada 2017.
Sementara itu, menurut wakil diplomatik PBB United Kingdom dalam satu kenyataan, berkata mesyuarat semalam itu dilangsungkan dalam format tertutup bagi membolehkan anggota Majlis dan Republik Arab Syria bertukar pandangan secara terus terang dan mengajukan pertanyaan ketika taklimat.
“Penolakan menghadiri mesyuarat dan turut serta dengan OPCW berdasarkan hasil mengecewakan dan menunjukkan keutamaan beberapa anggota majlis untuk melarang penggunaan senjata kimia dengan menyerang orang ramai dan institusi yang ditugaskan melindunginya,” katanya. – AFP