Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Rusia beri jaminan bekalan petrol, minyak dan gas jangka panjang kepada Malaysia — PM Anwar
  • NASIONAL

Rusia beri jaminan bekalan petrol, minyak dan gas jangka panjang kepada Malaysia — PM Anwar

Utusan Sarawak 3 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) berjabat tangan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin sebelum Majlis Makan Malam Gala Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di kawasan Galeri Teater Akademik Negeri Tatar. Foto Bernama

KAZAN: Rusia bersetuju memberi jaminan bagi bekalan petrol, minyak dan gas kepada Malaysia bagi tempoh jangka panjang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata persetujuan itu sekali gus dapat memberi kepastian kepada rakyat Malaysia mengenai bekalan tenaga negara tanpa perlu bergantung kepada perjanjian yang perlu diperbaharui setiap tahun atau musim tertentu.

“Maknanya rakyat Malaysia mendapat jaminan dan tidak terpaksa bergantung tiap tahun atau musim, sebaliknya ada persediaan untuk mengadakan perjanjian bagi jangka panjang,” kata beliau pada sidang media penutup susulan berakhirnya lawatan kerja dua hari beliau ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di sini, hari ini.

Menjelaskan selanjutnya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Rusia bukan setakat memberi jaminan bekalan tenaga kepada Malaysia, malah bersetuju untuk membekalkannya dalam tempoh jangka panjang.

“Ini berita baik sebab Rusia jamin bekalan petrol, minyak, gas kepada kita. Dan bukan saja itu, Rusia bersetuju untuk beri dalam jangka panjang,” kata beliau.

Mengulas tempoh pelaksanaan kerjasama itu, Perdana Menteri berkata persetujuan pada peringkat prinsip telah pun dicapai dan hanya menunggu proses pemeteraian serta pemuktamadan perjanjian.

“Persetujuan sudah diberikan…wakil-wakil syarikat sudah pun sudah ke mari, cuma nak dimeterai dan dimuktamadkan.

“Jadi sebaik pulang, kita minta mereka segerakan. Draf itu sudah ada, prinsip sudah persetujui, cuma tunggu delegasi untuk melihat secara terperinci dan menandatangani,” kata beliau.

Semalam, Anwar telah menyatakan penghargaan kepada Presiden Rusia Vladimir Putin bagi sokongan Rusia memperkukuh kerjasama tenaga dengan Malaysia, khususnya Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Beliau juga berkata mekanisme dua hala antara Malaysia dan Rusia telah berkembang dengan meliputi pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, kewangan dan ekonomi halal.

Dalam pada itu, menyentuh bekalan minyak negara, Anwar berkata kerajaan kini tidak berdepan masalah dari segi bekalan walaupun harga berkemungkinan terkesan.

“Kita dulu berhati-hati sebab tidak tahu (impak jika berlaku akibat) lonjakan harga dan sekatan barangan. Tapi sejak sebulan dua lepas, kita dah bagi ramalan dan kenyataan bahawa dari sudut bekalan tak ada masalah.

“Dari sudut harga, itu mungkin tersangkut sikit sebanyak…tapi dari segi bekalan, Alhamdulillah terkawal,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata kebimbangan sebelum ini yang melibatkan bekalan minyak, diesel dan gas juga kini semakin reda apabila bekalan kesemua komoditi itu pada tahap yang baik.

“Malah diesel yang dulu kita anggap sangat rumit dari segi bekalan pun sekarang kita lihat ada sedikit lebihan.

“Kita cuba juga jual dan bantu badan negara yang memerlukan, termasuk negara yang relatif miskin seperti Timor Leste. Itu keadaan yang dialaminya. Jadi jangan bimbang (dari segi bekalannya),” kata Anwar – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: 388 kes gangguan seksual direkodkan lima bulan pertama tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.