Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah teres setingkat hampir musnah dijilat api
  • KEBAKARAN

Rumah teres setingkat hampir musnah dijilat api

Utusan Sarawak 5 months ago

Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran melibatkan sebuah rumah teres satu tingkat. 

SIBU: Sebuah rumah teres satu tingkat di Lorong 18A, Sibu Jaya, musnah 60 peratus dalam kebakaran yang berlaku petang semalam.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sibu, Andy Alie, memaklumkan bahawa pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya segera dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.42 petang. 

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi membuat penilaian awal untuk memulakan tindakan pemadaman. 

“Anggota bomba bertindak menggunakan dua aliran hos sepanjang 100 kaki dengan dua pancutan nozel dari pam pili bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa kebakaran tersebut merebak ke bahagian dapur rumah bersebelahan, mengakibatkan kerosakan teruk pada dua bilik tidur, bahagian dalam rumah, dan dapur. 

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” tambahnya. 

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini. 

Continue Reading

Previous: Kedai barangan runcit terbakar, punca masih disiasat
Next: Dua lelaki melecur rumah pekerja terbakar  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.